News Article -- August 28, 2006
Jangka Projek Penyumberan Meningkat
(source: Berita Harian, Komputer)Petaling Jaya: Computer Systems Advisers (M) Bhd (CSAM) menjangka peningkatan sumbangan pendapatan yang ketara daripada projek penyumberan luar berbanding 39 peratus sekarang.
Pengarah Urusannya, Chuah Tai Eu, berkata lebih daripada separuh projek CSAM bersifat berulang dan syarikat menjangka dapat menyaksikan lebih banyak pemeteraian kontrak melalui penyumberan luar yang sebelumnya.
"Kami yakin tahun kewangan semasa akan memperlihatkan sesuatu yang positif bagi syarikat dengan strategi meneroka projek penyumberan luar selanjutnya," katanya dalam taklimat media di Petaling Jaya.
Baru-baru ini, CSAM mengumumkan peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 22.1 peratus kepada RM6.71 juta bagi tiga tahun berakhir 30 Jun lalu, berbanding RM5.49 juta bagi tempoh sebelumnya.
"Kami telah mengekalkan dasar dividen sebanyak lapan sen sesaham pada tahun sebelumnya dan menjangka dapat menambah pembayaran jika kami mencapai keuntungan yang lebih tinggi dalam tahun kewangan akan datang," katanya.
CSAM merancang perbelanjaan modal sebanyak RM80 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Mac 2007," katanya.
Pelanggan utama CSAM termasuklah Maybank, DuPont, TRW dan Bombardier.